PROGRAM KEBAJIKAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Soalan:
Apakah jenis-jenis Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah diwujudkan?
Jawapan:
i. Program Penghargaan Warga Emas
ii. Program Bantuan Ibu Tunggal
iii. Program Bantuan OKU
iv. Program Anak Emas
v. Program Skim Pelajar Emas
vi. Program Bantuan Ibu Emas
Soalan:
Apakah syarat-syarat permohonan bagi setiap Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
Jawapan:
Sila rujuk pada bahagian belakang borang permohonan atau menerusi sistem iSejahtera.
Soalan:
Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
Jawapan:
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 45 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
Soalan:
Bagaimana hendak menyemak status pendaftaran?
Jawapan:
Status Pendaftaran boleh disemak samada melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-6505701 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing. Kemudahan semakan status pendaftaran menerusi perkhidmatan SMS turut disediakan (buat masa ini terhad kepada Program Penghargaan Warga Emas sahaja)
Soalan:
Apakah bentuk sumbangan yang diberikan?
Jawapan:
Bantuan yang diberikan adalah berbentuk kewangan mengikut jenis program yang dipohon. Bagi Program Penghargaan Warga Emas, sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali diberikan dan bagi warga emas yang meninggal dunia, sumbangan RM1000 secara one-off diberikan kepada waris warga emas. Bagi Program Bantuan Ibu Tunggal, Ibu Emas dan OKU, sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali diberikan. Sekiranya Ibu Tunggal atau OKU meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu Tunggal & OKU. Bagi Program Anak Emas, setiap bayi yang didaftarkan dalam program ini akan menerima sumbangan RM200 sekali sahaja (one-off). Bagi Program Skim Pelajar Emas, setiap pelajar Sekolah Rendah (Darjah 1 & 4) dan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 & 4) yang bersekolah di Pulau Pinang yang didaftarkan bagi program ini akan menerima sumbangan wang sebanyak RM100 sekali sahaja. (one-off).
Soalan:
Saya telah menghantar borang permohonan bagi Pogram Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tetapi semakan menerusi sistem iSejahtera menunjukkan tiada rekod.
Jawapan:
Setiap permohonan yang diterima akan disemak terlebih dahulu sebelum dimasukkan maklumat pemohon ke dalam sistem. Pemohon boleh menyemak status pendaftaran tersebut dari masa ke semasa.
Soalan:
Bilakah pembayaran akan dibuat?
Jawapan:
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.
Soalan:
Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bentuk Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?
Jawapan:
Tidak. Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan bagi SATU bentuk program bantuan sahaja kecuali bagi Program Anak Emas (sila rujuk syarat-syarat permohonan)
Soalan:
Bolehkah saya membuat permohonan Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara atas talian (online)?
Jawapan:
Buat masa ini, hanya Program Anak Emas sahaja dibuka untuk permohonan secara atas talian (online) menerusi sistem iSejahtera. Bagi program-program kebajikan yang lain, pemohon perlulah mendapatkan borang permohonan yang boleh diperolehi di semua Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Daerah. Borang permohonan perlu dihantar secara serahan terus ke Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 45 KOMTAR. Pendaftar yang menerima borang permohonan tersebut akan menyemaknya terlebih dahulu samada borang yang diterima lengkap dan disertai salinan dokumen sokongan seperti yang ditetapkan dalam syarat permohonan (tertakluk kepada jenis program yang dipohon).
Soalan:
Bolehkah saya mendaftar sebagai pengguna sistem iSejahtera?
Jawapan:
Tidak. Akses ke dalam sistem iSejahtera terhad kepada semua Pendaftar dan Pengesah di Pusat Khidmat ADUN / Parlimen, Pejabat Daerah dan JKMN / Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah sahaja. Walaubagaimanapun semakan status pendaftaran program bantuan masih boleh dibuat oleh semua pemohon tanpa perlu mendaftar sebagai pengguna sistem.
     
     

Kembali



HakMilik © Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang @ 2010 - 2014
Pusat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Negeri
Paras 24, KOMTAR 10503, Pulau Pinang

Paparan Terbaik Sistem adalah melalui Penggunaan Internet Explorer versi 9.0 ke atas dengan paparan resolusi skrin 1024 x 768


"Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang"