MAKLUMAN TERKINI

Pengaktifan semula pendaftaran sedia ada bagi program Ibu Emas dan Ibu Tunggal akan dibuka semula pada 17 September 2019 sehingga 18 Oktober 2019 ini untuk pembayaran program bagi Fasa 2 tahun 2019. Pemohon-pemohon yang masih menepati syarat syarat program hendaklah segera melakukan pengaktifan semula untuk terus menerima sumbangan melalui program ini.

Kesemua permohonan sediada (pemohon tahun-tahun sebelumnya yang telah menerima bayaran sebelum ini) perlu melakukan pengaktifan semula bagi melayakkan pembayaran dibuat bagi Fasa 2 tahun 2019 dan tahun-tahun berikutnya. Kegagalan untuk melakukan pengemaskinian akan menyebabkan pembayaran bagi penerima Program Ibu Emas dan Ibu Tunggal sebelum ini tidak dapat dibuat.

Perhatian: Perkara ini hanya melibatkan pemohon bagi Program Ibu Emas dan Ibu Tunggal yang masih lagi belum melakukan pengaktifan semula dan belum lagi menerima bayaran bagi Ibu Emas dan Ibu Tunggal bagi Fasa 1 tahun 2019 yang berlangsung seperti berikut:

Pembayaran EFT Ibu Emas:
DTL pada 6 Ogos 2019
DBD/ SPU/ SPT dan SPS pada 16 Ogos 2019

Pembayaran Fasa 1 TUNAI Ibu Emas:
DTL pada 07 dan 08 September 2019
DBD/ SPU/ SPT dan SPS pada 14 dan 15 September 2019

Pembayaran EFT Ibu Tunggal:
DTL pada 6 Ogos 2019
DBD/ SPU/ SPT dan SPS pada 09 Ogos 2019

Pembayaran Fasa 1 TUNAI Ibu Tunggal:
DTL/ DBD/ SPU/ SPT dan SPS pada 07 dan 08 September 2019